Saturday, March 19

10 Tips Pengurusan Wang Yang Bijak

1. Menerima gaji sepatutnya dan berbelanja kurang daripada pendapatan

Peraturan asas ini nampak mudah tetapi hakikatnya sukar untuk dilaksanakan.Anda perlu tahu sama ada anda menerima gaji yang sepatutnya berbanding kepakaran, keupayaan, produktiviti dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada anda. Menerima gaji rendah daripada yang sepatutnya, walaupun RM1,000 setahun akan memberi kesan yang besar dalam jangka panjang.


Tidak kira berapa gaji anda, jangan sesekali berbelanja melebihi pendapatan.Adalah lebih mudah untuk menyekat perbelanjaan daripada memperoleh pendapatan lebih. Berjimat walaupun sedikit boleh memberi kesan yang besar pada tabungan.


2. Rancang dan patuhi jadual perbelanjaan (bajet)


Rancang perbelanjaan anda. Anda tidak akan mampu berbelanja dan menyimpan pada masa yang sama tanpa perancangan kewangan yang betul.



3. Lunaskan hutang kad kredit
Berterus-terusan mempunyai hutang kad kredit adalah satu kesilapan paling besar. Memang terlalu mudah untuk menggunakan kad kredit tetapi amat payah untuk melunaskan hutang dan akhirnya anda akan terus dibeban hutang..yang BESAR!
4. Mencarum dalam pelan persaraan

Jika syarikat anda menyediakan pelan persaraan, jangan lepaskan peluang untuk mencarum. Jika tiada, pertimbangkan pelan atau skim lain yang disediakan untuk pekerja.


5. Menabung.

Pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya lima peratus ke 10 peratus daripada gaji sebelum menyelesaikan segala bil. Cara paling baik, buat potongan secara automatik untuk akaun yang berbeza.



6. Melabur.

Pastikan anda membuat pelaburan - jika masih ada wang lebih selepas mencarum untuk skim persaraan atau skim simpanan pekerja dan menabung dalam akaun simpanan.


7. Tingkatkan caruman skim kemudahan untuk pekerja

Tambah nilai caruman anda pada skim kemudahan yang disediakan untuk pekerja. Ia akan membantu anda mengurangkan pembayaran cukai dan membataskan perbelanjaan yang tidak perlu.

8. Semak liputan insurans

Ramai orang membeli insurans dengan bayaran premium yang tinggi tanpa terlebih dulu menyelidik sama ada ia perlu atau tidak. Pastikan anda mempunyai insurans secukupnya tetapi pada masa yang sama tidak membebankan kedudukan kewangan.


9. Kemas kini wasiat

Lindungi orang yang disayangi. Pastikan anda membuat wasiat tidak kira berapa sedikit pun harta anda. Kira-kira 70 peratus warga Amerika tidak mempunyai wasiat.



10. Simpan rekod kewangan dengan baik

Jika anda tidak menyimpan semua rekod perbelanjaan, anda mungkin terlepas pandang untuk mendapatkan pengecualian cukai untuk perbelanjaan tertentu.

Tahukah Anda?

  • Terlalu ramai di kalangan masyarakat kita hari ini terpaksa bergelut dengan masalah kewangan setiap hari.
  • Mereka telah berusaha dan berkerja keras untuk menambah wang mereka tetapi dalam masa yang sama masalah kewangan masih tidak dapat diatasi dengan sepenuhnya.
  • Dan apa yang paling merisaukan ialah apabila perkara yang sama turut dialami oleh anda sendiri!
  • Tetapi tahukah tuan/puan, kenapa perkara sebegini boleh terjadi?
  • Salah satu daripada puncanya adalah kerana kurangnya pengetahuan tentang pengurusan kewangan peribadi.
  • Ini kerana kita tidak pernah diajar cara bagaimana untuk menguruskan wang kita dengan kaedah dan cara yang betul.
  • Hampir tiada langsung subjek berkaitan kewangan peribadi yang dimasukkan di sekolah mahupun di pusat pengajian tinggi.
  • Mereka juga tidak tahu dan sering tersilap membuat keputusan sebaik berdepan dengan soal kewangan yang kebiasaannya memberi lebih banyak keuntungan kepada sebelah pihak sahaja.
  • Pendek kata mereka lebih banyak membantu orang lain menjadi kaya daripada membantu diri sendiri. Mereka fikir ianya baik untuk diri mereka walhal perkara sebaliknya berlaku.
  • Apa yang paling membimbangkan adalah apabila hampir keseluruhan masyarakat kita hari ini tidak pernah ambil tahu tentang cara sebenar untuk menguruskan wang mereka!
  • Kebanyakan daripada mereka apabila berhadapan dengan masalah kekurangan wang mengambil jalan penyelesaian mudah dengan mendapatkan pinjaman bagi menampung keperluan dan kemahuan hidup mereka.
  • Mereka meminjam untuk menampung keperluan dan kemahuan hidup mereka sedangkan pada masa yang sama mereka terpaksa membayar hutang-piutang yang terdahulu.
  • Kemudian dalam masa yang sama mereka terpaksa membuat pinjaman dan hutang akan bertambah secara berterusan sepanjang hayat mereka.

Definisi Wang


Wang atau duit merujuk sesuatu objek atau barang yang diterima masyarakat umum dan sah di sisi undang-undang sebagai medium pertukaran dalam urusan jual beli dan urusniaga lain. Wang juga berfungsi sebagai penyimpan nilai, unit akaun, dan piawai langsaian hutang.
Dalam kegunaan harian, wang dirujuk sebagai mata wang atau wang kertas dan syiling yang berada dalam edaran sesebuah negara yang mempunyai status tender sah seperti ringgit; dan juga dalam pelbagai bentuk akaun deposit kewangan seperti akaun simpanan, akaun semasa dan sijil deposit. Dalam sistem ekonomi moden, mata wang adalah komponen terkecil dalam bekalan wang.
Wang tidak mempunyai nilai benar tetapi digunakan sebagai pengukur nilai yang menjadi alternatif mudah kepada sistem barter. Tanpa wang, sistem ekonomi menjadi tidak cekap kerana sistem barter memerlukan keperluan serentak antara mereka yang mahu menukar barang, dan persetujuan bahawa pertukaran barangan ini mestilah sama nilai sebelum pertukaran barter berlaku. Dengan wang, seseorang hanya perlu membayar wang kepada penjual untuk mendapatkan barang berkenaan. Penjual pula boleh menggunakan wang tersebut untuk mendapatkan barang yang diperlukannya.
Penggunaan wang dalam masyarakat menggalakkan perdagangan yang meningkatkan pembahagian kerja, yang menaikkan produktiviti dan kekayaan secara menyeluruh.